CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 25 July 2011

~ Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagian ~

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu
akan lenyap dengan segera

Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr. Dicks) mengatakan: "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yg. memiliki sepuluh kaedah iaitu:
1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yg. anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang;
2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan;
3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat;
4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang;
5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba;
6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda;
7. Sentiasalah memandang orang yang ada di bawah anda;
8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis;
9. Membantu orang lain dalam kebahagian agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya;
10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah carilah sesuatu yang dapat mencerahkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang menyerangmu.." 

(DIPETIK DRP. BUKU JANGAN BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA, PG. 213-214)

No comments:

Post a Comment