CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 6 June 2013

~ Salam Israk & Mikraj, 27 Rejab 1434H ~

"Maha Suci Allah
yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) 
pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Q.S. Al-Israa':1).

Jom kita sama-sama menghayati kisah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ni.Yat copykan article berkenaan Israk dan Mikraj ni daripada link ni http://www.islamituindah.my/menghayati-keagungan-peristiwa-israk-mikraj.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.(Surah al-Israa': ayat 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, seperti mana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidratul Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannatul Ma’wa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.” (Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah SWT dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratul Muntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa AS di langit keenam, Nabi Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan baginda terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sehingga 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan baik dengan Allah, di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Selain itu, manusia sebagai hamba Allah harus menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Selain daripada itu, semasa Israk Mikraj, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.

Sebagai kesimpulannya, Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda. Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam, khususnya untuk peribadi baginda mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan. Justeru, ini dapat dilihat bahawa betapa pentingnya ibadah solat di dalam kehidupan seseorang Muslim.

Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia. Kita sebagai hamba Allah , tugas kita bukan sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah mempraktikkan berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.

Yang ni pun Yat copykan from link ni. http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/07/kisah-israk-mikraj.html. Thanx kpd tuan empunya blog ni ye. Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jom kita baca lagi kisah berkenaan Israk dan Mikraj ni. Wallahualam..

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim).

Wednesday 5 June 2013

~ Assalamualaikum w.b.t ~

Assalamualaikum.... hampir 2 thn Yat x update blog ni. Segalanya masih segar dlm ingatan ni. hihii...tersenyum jap;  betapa cepatnya masa berlalu..da makin berusia kita.anak-anak Yat pun da semakin besar. citer psl anak ni teringat lg kenangn hampir 2 thn lps td...time tu Yat still warded d hosp putrajaya.cukup sebulan Yat stay kt c2. time tu la jarijemari Yat yg comel ni start create blog ni. safiyaharith... nama blog ni diberi. sempena nama anakanda2 tersayang..harta Ummi dan Abah yang paling berharga di dunia & akhirat. In shaa Allah..

Blog ni hanya sekadar coretan Yat dan cam biasa Yat bleh share any experiences, gud news or whateva yg Yat rasa bleh beri manfaat n pembaca happy!

ok, Yat sambung lg nnt!

♥Salam ukhuwah!!

Wednesday 27 July 2011

~ Resepi untuk Berbuka Puasa

Tak de idea nk masak apa bulan Ramadhan ni? Meh kita nengok resepi daripada rasa.com.my ni...Simple, basic & mudah.

 

 

 

 

 

 





DAGING GORENG RINGKAS

Bahan-bahan:
500gm daging pejal
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 biji cili merah | dihiris
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Hiris nipis daging yang telah direbus sehingga empuk dan perapkan bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Seterusnya panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan hirisan daging bersama cili merah dan cili hijau yang dibelah dua. Gaul sebati dan tambahkan serbuk kunyit  untuk menaikkan warnanya.
4. Akhir sekali, perasakan.
5. Hidangkan ketika panas.

Tips: Untuk tekstur daging yang empuk, rebuskan ia terlebih dahulu barulah dihiris nipis.








 

 

 

 

 

 




PASTA SAYURAN

Bahan-bahan:
300gm spageti - dipatahkan
100gm kobis bunga
100gm brokoli
100gm lobak merah - dipotong nipis
2 sudu makan minyak zaitun
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Didihkan air bersama garam dan masukkan spageti. Masak sehingga spageti menjadi lembut. Angkat dan basuh dengan air paip yang mengalir. Toskan dan gaul ratakan bersama minyak zaitun. Asingkan.
2. Seterusnya rebus sayur-sayuran dan toskan.
3. Setelah itu gaulkan sayur-sayuran bersama spageti tadi.
4. Akhir sekali, perasakan dan taburkan serbuk lada hitam secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.



 

 

 

 

 

 

 

 

IKAN GORENG SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal - bersaiz besar
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa - disapu pada ikan bawal

Bahan sambal:
10 batang cili padi
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 biji buah tomato - dipotong wedges
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang diperap tadi sehingga garing. Angkat dan asingkan.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan dikisar halus sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan air, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga sebati dan masukkan buah tomato secukupnya.
4. Apabila kuah sudah hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan goreng tadi dan hidangkan ketika masih panas. Sedia untuk dimakan.

Tips: Ikan bawal perlu diperap bersama garam dan serbuk kunyit selama 30 minit untuk menjadikannya garing dan rasanya enak.



 

 

 

 

 

 

 

 

AYAM MASAK KICAP PALEMBANG

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng hingga masak
3 biji bawang besar | dipotong bulat
250gm cili kisar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
125ml kicap
125ml air asam jawa
3 tangkai daun kari

Bahan tumbuk:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2sm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.

Tips: Tambahkan cili untuk meninggalkan rasa yang lebih pedas dan enak.



 

 

 

 

 

 






ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
4 biji bawang merah (besar)
6 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia
1cm lengkuas
50gm cili kering
1 sudu makan asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
2.5cm belacan melaka - dikisar
250ml air
Garam secukup rasa
Daun kesum secukupnya
Tomato, terung dan bendi secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan yg dikisar tadi sehingga garing dan naik minyak.
2. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan semangkuk air biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan kembung, daun kesum, tomato, terung dan bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau rata.
4. Biarkan 5 minit dan sedia dihidangkan.

Tips: Enak dimakan bersama nasi panas.



 

 

 

 

 





DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
1 kg daging | dipotong kiub
3 biji bawang besar | dihiris
300gm kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan perapan:
200gm cili kering | dikisar
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia
3 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan manis
3 sudu makan jintan putih
3 sudu makan lada hitam
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
Kicap pekat secukupnya | mengikut warna hitam yang dimahukan
Cuka dan gula merah secukup rasa

Cara memasak:1. Perap daging bersama bahan perapan selama 30 minit.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga garing dan masukkan daging perap tadi. Biarkan sehingga daging menjadi lembut.
3. Setelah itu masukkan kerisik dan digaul rata.
4. Akhir sekali, perasakan.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tips: Untuk rasa yang lebih enak dan aroma yang harum, bawang merah, bawang putih serta halia perlu digoreng dengan sedikit



 

 

 

 

 

 

 

 

TOM YAM AYAM

Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil
4 biji bawang merah | dimayang
3 ulas bawang putih | diketuk
100gm bunga kobis
100gm jagung muda
3 biji tomato | dibelah 4
1 kiub tomyam
1 liter air
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa

Cara membuat:1. Panaskan sedikit minyak dan periuk dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
3. Tuangkan air bersama kiub tomyam beserta bunga kobis, serai dan jagung muda. Biarkan hingga lembut.
4. Masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup apinya.

Tips: Pastikan tomato dimasukkan pada waktu akhir kerana ia lembut dan mudah masak.


 

 

 

 

  





IKAN KELI BERLADA

Bahan-bahan:
10 ekor ikan keli | dibersihkan
10 biji bawang besar | dipotong bulat
6 biji bawang merah
2 labu bawang putih
500gm cili hijau
300gm cili padi
10 batang serai
Belacan secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan keli sehingga garing. Angkat, toskan dan asingkan.
2. Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
3. Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan.
4. Seterusnya masukkan bawang besar dan kacau rata.
5. Akhir sekali, tuangkan sambal tadi di atas ikan keli goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Tips: Untuk menghilangkan hanyir ikan keli, basuh menggunakan air limau nipis, air asam jawa dan tepung gandum.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUP MAKARONI SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
150gm makaroni | direbus terlebih dahulu
20gm lobak merah
20gm jagung muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2.5cm halia
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 sudu makan rempah sup
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga secukupnya
600ml air

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi.
3. Selepas itu masukkan bawang merah. Kacau rata sehingga layu.
4. Masukkan rempah sup dan kacau seketika.
5. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris tadi.
7. Perasakan dengan garam.
8. Akhir sekali masukkan makaroni dan masak seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tips: Berkhasiat dan sesuai untuk yang berdiet.


 

 

 

 

 





IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
5cm halia
1 sudu makan garam
1 sudu makan marjerin
1 biji limau nipis | dibelah dua
2 biji bawang besar
2 biji cili merah

Cara memasak:
1. Ikan dibersihkan. Kemudian direndam sekejap. Basuh bersih.
2. Tumbuk halia dan garam. Lumurkan pada ikan.
3. Sapukan marjerin pada loyang. Masukkan ikan dan kukus separuh masak.
4. Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah di atas ikan. Kukus lagi sehingga masak.
5. Perahkan limau nipis di atas ikan ketika menghidang.

Tips: Isi ikan siakap manis dan menyelerakan.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

GULAI LEMAK UDANG

Bahan-bahan:
1kg udang sederhana
1 biji kelapa - diambil santannya
8 biji cili padi
4sm kunyit hidup
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Didihkan bahan kisar bersama santan. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
2. Apabila mendidih, perasakan dengan garam dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan udang, asam keping serta daun kunyit.
4. Biarkan sebati dan angkat.

Tips: Penambahan daun kunyit menaikkan rasa enak gulai udang.



SELAMAT MENCUBA!

~ Ramadhan Semakin Hampir ...

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

"Allahumma Ballighna Ramadhan".

Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.

Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu
1. Membaca/ belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad
1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

(Source: http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/3212-design-ramadhan-semakin-hampir.html)

~ Kunci Kesihatan di Bulan Ramadhan ~

~ Variasikan Menu Berbuka ...

Variasikan Menu Berbuka...
Syaratnya, mesti seimbang



Selamat Mencuba!

(Source: http://www.karangkraf.com/bazar/Cergas/?f=7)

~ Ramadhan: Taman Taqwa ~

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :

"Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah yang memberikan ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah ia menjerit-jerit tidak menentu. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah: Sesungguhnya saya berpuasa. Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggaman-Nya, bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan : Ketika berbuka dia gembira dengan hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya dia akan gembira dengan puasanya."

Sesungguhnya telah benarlah Allah yang Maha Agung ketika mengakhiri ayat berpuasa di dalam Al-Quran dengan firmannya :


(Semoga kamu bertaqwa)

Sesungguhnya pohon yang berguguran daun-daunnya sepanjang tahun telah sampai masa untuk tumbuh kembali, menyaluti pohon taqwa sekali lagi setelah dilanda angin kencang maksiat yang berpanjangan. Ia akan tumbuh semula untuk menjadi pohon yang rendang dan lebat buahnya, mengeluarkan makanan sepanjang masa dengan izin Tuhannya, maka dengannya berbekallah seorang mukmin sepanjang tahun hingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Sumber-sumber taqwa pada bulan Ramadhan ada banyak dan yang paling utama ialah puasa:



Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." (al-Baqarah: 183)

Apabila kita merenung sejenak ayat puasa yang didatangkan dalam surah al-Baqarah, kita akan menemui sesuatu keajaiban. Gaya bahasa yang digunakan adalah ke arah mendekatkan diri kepada perintah serta melembutkan hati agar kewajiban dapat diterima.

Sesungguhnya Allah amat mengetahui kelemahan hamba-Nya dan memanggilnya dengan panggilan yang paling disukai: Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu – Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi merupakan syariat Allah sejak dahulu lagi. Semoga kamu bertaqwa – Adakah di sana sesuatu yang lebih bernilai dari taqwa?

Sesungguhnya Allah SWT memperlihatkan kepada orang mukmin serta menghiaskan mereka dengan segala bentuk manfaat di dunia dan akhirat. Allah tidak mendapat manfaat dari sesuatu apapun.

(Source: http://www.karangkraf.com/bazar/Rohani)