CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 25 July 2011

~ Placenta Previa (PP) ~

Pejam celik, pejam celik...arini da masuk 23 hari di wad...for those yg x tau mesti tanya, nape kat wad??? pernah dengar x Placenta Previa (PP)? arini leh la citer psl PP nih. Let's check it out!

Plasenta Previa (PP) adalah keadaan di mana plasenta berada dalam keadaan rendah dalam uterus & sebahagian @ kesemuanya menutup serviks. Plasenta mungkin akan terasing dari dinding uterus semasa serviks terbuka ketika proses kelahiran. Salah satu penyebab pendarahan yg biasa berlaku ketika hamil ialah plasenta previa. Ianya boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir atau mendatar.

Adakah selalu terjadi?
PP selalu terjadi di antara satu dalam 250 wanita hamil semasa mereka berada dalam trimester ketiga kehamilan. PP selalu terjadi pada wanita yang mengalami satu atau lebih perkara seperti di bawah:
  • lebih dari satu anak
  • pembedahan pada uterus
  • kembar dua atau tiga
  • terlalu kerap mengandung & kehamilan terlalu rapat
  • pernah menjalani pembedahan utk membuang fibroid
  • pernah menjalani pembedahan caesarean ketika melahirkan anak terdahulu
  • mempunyai luka pada rahim
  • pernah menjalani D&C yg menyebabkan rahim luka & berparut
  • mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun)
  • pernah menglami masalah PP pada kandungan terdahulu
  • merokok atau mengambil dadah.
For further details bleh browse links ni:
      http://bidanbersalin.blogspot.com
      www.babycenter.com

No comments:

Post a Comment