CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 27 July 2011

~ Resepi untuk Berbuka Puasa

Tak de idea nk masak apa bulan Ramadhan ni? Meh kita nengok resepi daripada rasa.com.my ni...Simple, basic & mudah.

 

 

 

 

 

 





DAGING GORENG RINGKAS

Bahan-bahan:
500gm daging pejal
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 biji cili merah | dihiris
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Hiris nipis daging yang telah direbus sehingga empuk dan perapkan bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Seterusnya panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan hirisan daging bersama cili merah dan cili hijau yang dibelah dua. Gaul sebati dan tambahkan serbuk kunyit  untuk menaikkan warnanya.
4. Akhir sekali, perasakan.
5. Hidangkan ketika panas.

Tips: Untuk tekstur daging yang empuk, rebuskan ia terlebih dahulu barulah dihiris nipis.








 

 

 

 

 

 




PASTA SAYURAN

Bahan-bahan:
300gm spageti - dipatahkan
100gm kobis bunga
100gm brokoli
100gm lobak merah - dipotong nipis
2 sudu makan minyak zaitun
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Didihkan air bersama garam dan masukkan spageti. Masak sehingga spageti menjadi lembut. Angkat dan basuh dengan air paip yang mengalir. Toskan dan gaul ratakan bersama minyak zaitun. Asingkan.
2. Seterusnya rebus sayur-sayuran dan toskan.
3. Setelah itu gaulkan sayur-sayuran bersama spageti tadi.
4. Akhir sekali, perasakan dan taburkan serbuk lada hitam secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.



 

 

 

 

 

 

 

 

IKAN GORENG SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal - bersaiz besar
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa - disapu pada ikan bawal

Bahan sambal:
10 batang cili padi
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 biji buah tomato - dipotong wedges
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang diperap tadi sehingga garing. Angkat dan asingkan.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan dikisar halus sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan air, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga sebati dan masukkan buah tomato secukupnya.
4. Apabila kuah sudah hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan goreng tadi dan hidangkan ketika masih panas. Sedia untuk dimakan.

Tips: Ikan bawal perlu diperap bersama garam dan serbuk kunyit selama 30 minit untuk menjadikannya garing dan rasanya enak.



 

 

 

 

 

 

 

 

AYAM MASAK KICAP PALEMBANG

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng hingga masak
3 biji bawang besar | dipotong bulat
250gm cili kisar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
125ml kicap
125ml air asam jawa
3 tangkai daun kari

Bahan tumbuk:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2sm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.

Tips: Tambahkan cili untuk meninggalkan rasa yang lebih pedas dan enak.



 

 

 

 

 

 






ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
4 biji bawang merah (besar)
6 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia
1cm lengkuas
50gm cili kering
1 sudu makan asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
2.5cm belacan melaka - dikisar
250ml air
Garam secukup rasa
Daun kesum secukupnya
Tomato, terung dan bendi secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan yg dikisar tadi sehingga garing dan naik minyak.
2. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan semangkuk air biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan kembung, daun kesum, tomato, terung dan bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau rata.
4. Biarkan 5 minit dan sedia dihidangkan.

Tips: Enak dimakan bersama nasi panas.



 

 

 

 

 





DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
1 kg daging | dipotong kiub
3 biji bawang besar | dihiris
300gm kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan perapan:
200gm cili kering | dikisar
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia
3 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan manis
3 sudu makan jintan putih
3 sudu makan lada hitam
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
Kicap pekat secukupnya | mengikut warna hitam yang dimahukan
Cuka dan gula merah secukup rasa

Cara memasak:1. Perap daging bersama bahan perapan selama 30 minit.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga garing dan masukkan daging perap tadi. Biarkan sehingga daging menjadi lembut.
3. Setelah itu masukkan kerisik dan digaul rata.
4. Akhir sekali, perasakan.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tips: Untuk rasa yang lebih enak dan aroma yang harum, bawang merah, bawang putih serta halia perlu digoreng dengan sedikit



 

 

 

 

 

 

 

 

TOM YAM AYAM

Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil
4 biji bawang merah | dimayang
3 ulas bawang putih | diketuk
100gm bunga kobis
100gm jagung muda
3 biji tomato | dibelah 4
1 kiub tomyam
1 liter air
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa

Cara membuat:1. Panaskan sedikit minyak dan periuk dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
3. Tuangkan air bersama kiub tomyam beserta bunga kobis, serai dan jagung muda. Biarkan hingga lembut.
4. Masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup apinya.

Tips: Pastikan tomato dimasukkan pada waktu akhir kerana ia lembut dan mudah masak.


 

 

 

 

  





IKAN KELI BERLADA

Bahan-bahan:
10 ekor ikan keli | dibersihkan
10 biji bawang besar | dipotong bulat
6 biji bawang merah
2 labu bawang putih
500gm cili hijau
300gm cili padi
10 batang serai
Belacan secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan keli sehingga garing. Angkat, toskan dan asingkan.
2. Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
3. Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan.
4. Seterusnya masukkan bawang besar dan kacau rata.
5. Akhir sekali, tuangkan sambal tadi di atas ikan keli goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Tips: Untuk menghilangkan hanyir ikan keli, basuh menggunakan air limau nipis, air asam jawa dan tepung gandum.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUP MAKARONI SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
150gm makaroni | direbus terlebih dahulu
20gm lobak merah
20gm jagung muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2.5cm halia
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 sudu makan rempah sup
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga secukupnya
600ml air

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi.
3. Selepas itu masukkan bawang merah. Kacau rata sehingga layu.
4. Masukkan rempah sup dan kacau seketika.
5. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris tadi.
7. Perasakan dengan garam.
8. Akhir sekali masukkan makaroni dan masak seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tips: Berkhasiat dan sesuai untuk yang berdiet.


 

 

 

 

 





IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
5cm halia
1 sudu makan garam
1 sudu makan marjerin
1 biji limau nipis | dibelah dua
2 biji bawang besar
2 biji cili merah

Cara memasak:
1. Ikan dibersihkan. Kemudian direndam sekejap. Basuh bersih.
2. Tumbuk halia dan garam. Lumurkan pada ikan.
3. Sapukan marjerin pada loyang. Masukkan ikan dan kukus separuh masak.
4. Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah di atas ikan. Kukus lagi sehingga masak.
5. Perahkan limau nipis di atas ikan ketika menghidang.

Tips: Isi ikan siakap manis dan menyelerakan.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

GULAI LEMAK UDANG

Bahan-bahan:
1kg udang sederhana
1 biji kelapa - diambil santannya
8 biji cili padi
4sm kunyit hidup
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Didihkan bahan kisar bersama santan. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
2. Apabila mendidih, perasakan dengan garam dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan udang, asam keping serta daun kunyit.
4. Biarkan sebati dan angkat.

Tips: Penambahan daun kunyit menaikkan rasa enak gulai udang.



SELAMAT MENCUBA!

~ Ramadhan Semakin Hampir ...

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

"Allahumma Ballighna Ramadhan".

Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.

Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu
1. Membaca/ belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad
1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

(Source: http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/3212-design-ramadhan-semakin-hampir.html)

~ Kunci Kesihatan di Bulan Ramadhan ~

~ Variasikan Menu Berbuka ...

Variasikan Menu Berbuka...
Syaratnya, mesti seimbang



Selamat Mencuba!

(Source: http://www.karangkraf.com/bazar/Cergas/?f=7)

~ Ramadhan: Taman Taqwa ~

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :

"Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah yang memberikan ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah ia menjerit-jerit tidak menentu. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah: Sesungguhnya saya berpuasa. Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggaman-Nya, bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan : Ketika berbuka dia gembira dengan hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya dia akan gembira dengan puasanya."

Sesungguhnya telah benarlah Allah yang Maha Agung ketika mengakhiri ayat berpuasa di dalam Al-Quran dengan firmannya :


(Semoga kamu bertaqwa)

Sesungguhnya pohon yang berguguran daun-daunnya sepanjang tahun telah sampai masa untuk tumbuh kembali, menyaluti pohon taqwa sekali lagi setelah dilanda angin kencang maksiat yang berpanjangan. Ia akan tumbuh semula untuk menjadi pohon yang rendang dan lebat buahnya, mengeluarkan makanan sepanjang masa dengan izin Tuhannya, maka dengannya berbekallah seorang mukmin sepanjang tahun hingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Sumber-sumber taqwa pada bulan Ramadhan ada banyak dan yang paling utama ialah puasa:



Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." (al-Baqarah: 183)

Apabila kita merenung sejenak ayat puasa yang didatangkan dalam surah al-Baqarah, kita akan menemui sesuatu keajaiban. Gaya bahasa yang digunakan adalah ke arah mendekatkan diri kepada perintah serta melembutkan hati agar kewajiban dapat diterima.

Sesungguhnya Allah amat mengetahui kelemahan hamba-Nya dan memanggilnya dengan panggilan yang paling disukai: Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu – Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi merupakan syariat Allah sejak dahulu lagi. Semoga kamu bertaqwa – Adakah di sana sesuatu yang lebih bernilai dari taqwa?

Sesungguhnya Allah SWT memperlihatkan kepada orang mukmin serta menghiaskan mereka dengan segala bentuk manfaat di dunia dan akhirat. Allah tidak mendapat manfaat dari sesuatu apapun.

(Source: http://www.karangkraf.com/bazar/Rohani)

~ A Checklist for Ramadhan ~

1. Ask Allah to enable you to reach Ramadan and to get the most out of it as the Salaf (early generation of pious people) used to do. 
2. Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone.
The Prophet peace be upon him said, "Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven". (Bukhari)
3. Read the whole Qur'an at least once as the Prophet peace be upon him did.
4. Have Suhoor as the Prophet peace be upon him said, "Have Suhoor because it is blessed".
5. Make Du'a during the fast because the Prophet peace be upon him said that three people's supplication is not rejected one of them is the fasting person. Ask for the good of this life and the next for yourself, your family and Muslims in general.
6. Make Dua before opening the fast. The Prophet peace be upon him said, "The fasting person has a supplication that is answered when he opens his fast".
7. Give Sadaqah and be good to people. The Prophet peace be upon him was the most generous of people and he was most generous in Ramadan.
8. Avoid anything that diminishes the fast such as, lying, backbiting, cheating, getting angry.
The Prophet peace be upon him said "Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his (fasting) leaving his food and drink." [Bukhari]
9. Do not eat too much after Iftar.
10. Ask for forgiveness since this is the month Allah frees people from the fire.
11. Pray At-Tarawih with Khushoo. If you pray in the Masjid complete the Salah with the Imam. If you pray at home prolong the Salah as long as you can. The Prophet peace be upon him said, "Whoever prays during Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".
12. Feed the poor and invite others for Iftar.
The Prophet peace be upon him said, "Whoever gives Iftar to someone fasting he will have the same reward without decreasing the reward of the person fasting".
13. Try harder the last ten nights especially the odd nights. The prophet would strive in Ramadan more than he would in any other month and more so in the last ten days.
14. Say this Dua in the nights that Laitul-Qadr is likely to fall on:
Allhumma innaka afuwun tuhibbul-afwa fa'fu anni (O Allah you are Forgiving and love forgiveness so forgive me).
15. Ask Allah to accept all your good actions during this month.
 "Oh you who believe, what is the matter with you that when you are asked to march forward in the cause of Allah you cling heavily to the earth. Are you pleased with the life of this world rather than the Hereafter but little is the enjoyment of the life of this world as compared with the Hereafter." -Al Quran 9.3

~ Salam Ramadhan Al-Mubarak ~

Lagi 4 hari nk masuk bln Ramadhan.. Kalau ikutkan hati, memang nk kuar drp cni. Sabar byk2... be strong, ok! Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Insya Allah segalanya dipermudahkan oleh-Nya...Amin..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.


Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

"Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa..Moga setiap amalan kita mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya...Amin..."

Tuesday 26 July 2011

~ Sukan Tahunan Cendekiawan Educare 2011 ~

Emm...kt ner nk mula ek! time ni Ummi da kat wad. Last 16th Jul aritu Acha ada sukan kt taska dia..sedih sgt2... x dpt Ummi nk tengok. Abah sorang jer yg neman Acha masa sukan ni.. (besides Nenek, Mak Long & Mak Cu pun dtg tgk..). Nk wt caner... sian si kechik nih. Nak dimulakan citer mlm ari nk sukan tu, Abah & Ummi baru ler teringat psl kasut sukan Acha. Time tu da 10.30 pm, mana la ada kedai kasut bukak..kelam kabut Abah mencari kasut sukan. hmm... Abah pun ikhtiar je la cari kasut tu. At last, baru teringat ada Pasar Tani kat P2 tu..Abah g la cari... alhamdulillah x tutup lagi. The best part Abah berjaya belikan kasut for our sweetheart, Acha! cuba teka kasut apa?? he..he.. yg ada tinggal kasut Ben10. siap ada lampu lagi! lip lap lip lap bila pakai..Sure Acha happy sgt2 coz Ben10 kan... tu la dia, pengorbanan seorg Abah... terharu sgt! sedih pun ada coz Ummi x de time nih..

Esoknya Acha pagi2 lg da siap..tgk ler gmbar dia pakai kasut Ben10 baru tu..(Ummi tgk gmbar je la..). Abah citer, pg tu dia excited sgt nk g bersukan.. tapi sampai kt padang tu tetiba ada citer lucu & menyedihkan. Acha terpijak taik kucing kt padang tu..da wt spoil mood dia. Sian dia...puas Abah pujuk dia. tu yg dia terus x de mood nk bersukan tu. Abah citer dia menangis sambil panggil nama Ummi...Ummi... time ni la rasa sayu & sedih sgt. Ye la..kengkawan lain sume dtg parents dia, tapi Acha da masuk 2 mggu Ummi x de. Tuhan je yg tau caner perasaan Abah & Ummi...

Sukan tu abis smpi tghari, terus Abah bawa Acha tgk Ummi. Kami tgk gambar & video sukan Acha. Acha dpt no 1 dalam Acara berkuda dia...(tgk mcm rusa). Meh nengok gelagat Acha masa sukan tu...


Excited nk bersukan nih... Acah Umah Hijau...

Tengok la kasut tu...sepadan ngan baju.

Acha ngan kasut Ben10 baru...time kase Abah!

spoil mood..br terpijak taik kucing:(

sedih jer Acha..da la Ummi x de.huhu...

Acha with team hijau

Ni team Kuning..meriah

Acha sesorang dpn khemah team hijau..

time ni paling sedey..looking for her Ummi..

tu dia..team hijau

Menang secara sihat..Kalah secara hormat..HIJAU..Kuat!!Kuat!!Kuat!!

Acha keletihan..minum susu jap..

ni pun sedih..she's alone looking for her Abah..

tunggu turn nak naik kuda rusa kot.. mood ok!

Get set...Go! Acha Boleh!!!

At last... Team Hijau won d 1st prize! Acha dpt bola besar kaler hijau jer ker... ok la tu!

Monday 25 July 2011

~ Sayang Menyayangi ~

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram.

Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

~ Hari Ulangtahun Arissa Safiya Yg ke 3, Cendekiawan Educare ~

Sekejap jer masa berlalu.. genap 3 tahun umur Arissa Safiya @ Acha @ Safiya pada 29 Jun yang lalu. Once again this year befday Acha disambut di taska togther with her beloved frens & teachers. She was so excited nk potong kek befday tu... kek besday Minnie Mouse! emm..nasib baik Ummi & Abah sempat order kek nih. Meh nengok gambar2 yang sempat di ambil masa befday Acha ek!

Minnie Mouse Befday Cake

Befday girl... Safiya

Hepy Befday to u...hepi befday to u...hepi befday to Safiya..Hepi Befday to u!

nape tu Safiya?..Safiya & Cikgu Aya & Cikgu Farah


 
Part of her frens..

Safiya potong kek..

Safiya + Cikgu-cikgu

"Acha, Ummi & Abah Luv u so much! Moga Acha jadi anak yang solehah, berjaya dan baik budi pekertinya... Amin... Hepi 3rd Birthday Acha!"

~ Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagian ~

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu
akan lenyap dengan segera

Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr. Dicks) mengatakan: "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yg. memiliki sepuluh kaedah iaitu:
1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yg. anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang;
2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan;
3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat;
4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang;
5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba;
6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda;
7. Sentiasalah memandang orang yang ada di bawah anda;
8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis;
9. Membantu orang lain dalam kebahagian agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya;
10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

"Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah carilah sesuatu yang dapat mencerahkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang menyerangmu.." 

(DIPETIK DRP. BUKU JANGAN BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA, PG. 213-214)

~ Placenta Previa (PP) ~

Pejam celik, pejam celik...arini da masuk 23 hari di wad...for those yg x tau mesti tanya, nape kat wad??? pernah dengar x Placenta Previa (PP)? arini leh la citer psl PP nih. Let's check it out!

Plasenta Previa (PP) adalah keadaan di mana plasenta berada dalam keadaan rendah dalam uterus & sebahagian @ kesemuanya menutup serviks. Plasenta mungkin akan terasing dari dinding uterus semasa serviks terbuka ketika proses kelahiran. Salah satu penyebab pendarahan yg biasa berlaku ketika hamil ialah plasenta previa. Ianya boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir atau mendatar.

Adakah selalu terjadi?
PP selalu terjadi di antara satu dalam 250 wanita hamil semasa mereka berada dalam trimester ketiga kehamilan. PP selalu terjadi pada wanita yang mengalami satu atau lebih perkara seperti di bawah:
  • lebih dari satu anak
  • pembedahan pada uterus
  • kembar dua atau tiga
  • terlalu kerap mengandung & kehamilan terlalu rapat
  • pernah menjalani pembedahan utk membuang fibroid
  • pernah menjalani pembedahan caesarean ketika melahirkan anak terdahulu
  • mempunyai luka pada rahim
  • pernah menjalani D&C yg menyebabkan rahim luka & berparut
  • mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun)
  • pernah menglami masalah PP pada kandungan terdahulu
  • merokok atau mengambil dadah.
For further details bleh browse links ni:
      http://bidanbersalin.blogspot.com
      www.babycenter.com

~ Mymanis2u ~ Kek Karamel & Apam Polkadot


emm...nampak sedap kn!! actually x rasa lg kek nih... Kek Karamel ni specially made by my aunty from Mymanis2u. kira nk promote la ni... feel free, please browse her blog at Mymanis2u.blogspot.com. macam2 ada... apam polkadot pun ada. For those yg berminat nk order leh contact terus
Tel: 016-2823740 atau 017-2100929

~ Jagalah Hubungan Anda Dgn Allah, Maka Allah Akan Menjaga Anda ~

Tiada ke'aiban atas seseorang
bila lenyap kesenangan darinya
tetapi ke'aiban yang sebenarnya ialah
bila lenyap kesabarannya yang baik

"Hadapilah kenyataan yang tidak ada jalan keluar. Anda kelak akan menjumpai di dunia ini perkara yang anda tidak mampu mengubahnya, tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekal kesabaran dan iman".

(JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YG PALING BAHAGIA, PG 165-166)